Sunday, May 4, 2014

Program Nemuai & Berambeh di Rumah Guyu, Nanga Ukom, Lubok Antu.

Kali ini Wanita PRS menganjurkan program 'Nemuai dan Berambeh' ke rumahpanjang Guyu, Nanga Ukom, Lubok Antu dengan kerjasama Biro Tata Negara.

Ketibaan YB. Senator Datuk Doris Sophia Brodie di Kuching disambut oleh semua exco wanita PRS Pusat sebelum berangkat ke Sri Aman menggunakan jalan darat.


Rombongan berhenti rehat di Pekan Lachau sebelum berangkat ke Batu Lintang, Sri Aman iaitu rumah panjang Senator Datuk Doris.


Kami bermalam di rumah panjang sebelum meneruskan perjalanan ke Lubok Antu pada hari berikutnya.



Cuaca pada pagi 4/5/2014 amat baik di Batang Air, Lubok Antu.









Rombongan sampai di Rumah Guyu, Nanga Ukom pada pukul 11.30 pagi. Menaiki perahu panjang selama 45 minit dibawah panas terik memberikan kami peluang berharga untuk merasa bagaimana penduduk disekitar itu rasa bila menggunakan pengangkutan itu untuk keperluan harian mereka.






Untuk sampai ke rumah panjang, kami perlu berjalan kaki selama lebih kurang 15 minit dari jeti bot Nanga Ukom. Ala-ala jungle trekking gitue..




Sambutan yang meriah dan sangat traditional!








Ketibaan YB. Senator Datuk Doris Sophia Brodie, YB. Tuan William Nyallau Badak (MP P.203 Lubok Antu) Jack Aman (D.O Lubok Antu) Joseph Nyalau (Setiausaha kepada ADUN N.29 Batang Air YB. Malcom Mussen Lamoh) dengan menggunakan helikopter.










Perasmian Bilik Gerakkan Rumah Guyu, Nanga Ukom oleh Senator Datuk Doris dan YB Tuan William Nyallau Badak.

Selepas itu, tetamu-tetamu kehormat dijemput untuk naik ke rumah panjang.






Seterusnya, rombongan terus kepada program sambutan hari jadi 'Baby Doris' yang pertama. Kisah disebalik Baby doris Klik disini






Happy Birthday Baby Doris! Muaahhh!

Selesai saja program menyambut hari jadi, acara utama terus saja dilangsungkan.




















Rombongan berangkat pulang pada pukul 2.30 petang.
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...