Showing posts with label Biro Keahlian & Pemantauan. Show all posts
Showing posts with label Biro Keahlian & Pemantauan. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

Majlis Pelancaran PRS Bahagian N.61 Bekenu



Ketua Wanita PRS, YB. Senator Datuk Doris Sophia Brodie, melancarkan Wanita Bahagian N.61 Bekenu di Rumah Johnson Janggu, Seloi Tengah, Bekenu, Sarawak pada 15.3.2014 dengan seramai 558 orang ahli baru berdaftar.


Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Presiden Parti YB. Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Presiden Parti, YB. Datuk Joseph Entulu Belaun, Naib Presiden Parti, YB. William Nyallau Anak Badak, Setiausaha Politik YBhg. Majang Renggi, Ahli Majlis Tertinggi Parti, En Pandang Semat dan beberapa orang Exco Wanita Pusat iaitu Setiausaha Wanita PRS, Kaunselor Misiah Abdullah dan Puan Vivienne Nyut Anak Nasat.





Wanitaexco dan Wanita Bahagian Senadin berkumpul sebelum ke Majlis Pelancaran Wanita PRS Bekenu di Rumah Jonson, Bekenu, Sarawak.

Monday, March 10, 2014

Pelancaran Wanita PRS Bahagian N.18 Tebedu



Ketua Wanita PRS Bahagian N.18 Tebedu, Kaunselor Norma Anak Rantu menyerahkan 200 keping borang keahlian baru kepada Ketua Wanita PRS Pusat, YB. Senator Datuk Doris Sophia Brodie semasa majlis pelancaran Wanita Bahagian Tebedu di The Banquet, Kuching Sarawak. Timbalan Presiden Parti, YB. Datuk Joseph Entulu Belaun turut hadir sebagai tetamu kehormat pada majlis makan malam tersebut.

Monday, March 3, 2014

Penubuhan Biro Pergerakan Wanita Exco Pusat PRS.

Terdapat sebanyak 6 biro telah diwujudkan. Biro tersebut adalah seperti berikut;

1. Biro Bantuan Maklumat (BBM)

Mendapatkan semua jenis maklumat mengenai dengan bantuan dari semua agensi kerajaan untuk dikongsikan bersama serta disampaikan kepada rakyat terutama sekali golongan wanita.

Biro ini diketuai oleh Setiausaha Politik, Puan Angeline Umih Tujok.

Penolong Ketua, Puan Priscilla Bangi Anak Joseph Allen

Ahli - ahli jawatankuasa terdiri daripada kaunselor Misiah Abdullah @ Emiss Brodie, Puan Jenny Crystal Anak Mansang, Puan Liah Anak Umal, Puan Magdeline Mai Anak Wam, Puan Sophia Anak Jenang dan Tuai Rumah Noria Anak Ampat.

2. Biro Projek Khas (Special Project)

Bertanggungjawab untuk membuat satu buku (coffee table book) mengenai kejayaan Wanita Dayak yang meliputi aspek Politik, Perniagaan dan Kerjaya.

Biro ini diketuai oleh Puan Rosaline Anak Neging

Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada Puan Priscilla Bangi Anak Joseph Allen, Puan Sophia Anak Jenang dan Kaunselor Norma Anak Rantu.

3. Biro Media

Bertanggungjawab untuk memastikan maklumat dari media masa dan internet dan sentiasa peka mengenai isu semasa yang sering diutarakan atau menjadi topik hangat.

Biro ini diketuai oleh Kaunselor Nancy Freda John

Ahli jawatankuasa terdiri daripada Puan Jenny Crystal Anak Mansang, Kaunselor Norma Anak Rantu, Cik Gawai Anak Enggong, Puan Evelyn Ensangai Anak Hasan dan Puan Jocelyn Tinjau Anak Lasa.

4. Biro Keahlian dan Pemantauan

Bertanggungjawab untuk membantu dalam menubuhkan ahli pergerakan wanita dan sentiasa memantau berapa jumlah keahlian baru dari masa ke semasa di peringkat Pergerakan Wanita Bahagian.

Biro ini diketuai oleh Puan Nuai Anak Gema

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Kaunselor Misiah Abdullah @ Emiss Anak Brodie, Kaunselor Agnes Anak Undil, Puan Runti Anak Ason, Puan Bunsie Anak Tiboh, Puan Vivienne Nyut Anak Nasat, Puan Mary Anak Lubon, Puan Lai Siew Tan dan Puan Rajena Anak Bilong.

5. Biro Pendidikan

Mendapatkan maklumat mengenai kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan jenis Bantuan terutama dalam mendapatkan biasiswa.

Biro ini diketuai oleh Kaunselor Puan Misah Abdullah @ Emiss Anak Brodie

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Cik Gawai Anak Enggong, Puan Vivienne Nyut Anak Nasat dan Puan Sophia Anak Jenang.

6. Biro Perundangan

Biro ini diketuai oleh Puan Nuai Anak Gema

Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Puan Rosaline Anak Neging, Kaunselor Puan Misiah Abdullah @ Emiss Brodie dan Cik Gawai.


Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...