Saturday, April 5, 2014

Majlis Makan Malam KRT Taman Tiara Sempena Upacara Penyerahan Gran Tanah

Ketua Wanita PRS Senator Datuk Doris bersama rombongan exco pergerakan wanita dari Kuching hari ini berangkat ke Sri Aman menggunakan jalan darat bagi menghadiri majlis makan malam anjuran KRT Taman Tiara sempena Upacara Penyerahan Gran Tanah kepada penduduk.

 
 




Ketua Wanita PRS Senator Datuk Doris dalam ucapannya mengajak semua penduduk supaya memupuk semangat kejiranan diantara penduduk supaya dapat membendung masalah sosial dan isu keselamatan dalam masyarakat. Kebolehan dan kesanggupan bekerjasama serta saling menghormati sangat penting demi kebaikan perpaduan dan integrasi pelbagai kaum di negara ini. 

Pada majlis makan malam sempena upacara penyerahan gran tanah tersebut, beliau mengucapkan tahniah kepada penduduk Taman Tiara, Sri  Aman, Sarawak kerana akhirnya berjaya mendapat geran tanah daripada kerajaan. 



Program Walk of Love (Purple Walk)






Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...